Clara Meadmore
CORNWALL
- Seorang anak dara berusia 107 tahun, Clara Meadmore mengakui dia
tidak pernah melakukan hubungan seks, lapor sebuah akhbar semalam.
Perawan warga emas itu meraikan hari jadinya yang ke-107 pada Ahad lepas.
Ditanya
bagaimana dia mengekalkan daranya sejak sekian lama, wanita itu
menyatakan, dia terlalu sibuk dan percaya seks cuma mengganggu
kehidupannya.
Menurut
Clara yang berasal dari sini, England, semasa usianya remaja pada
tahun 1920-an dan 1930-an, seks adalah untuk wanita yang telah
berkahwin.
Dia tidak berhasrat untuk berumah tangga dan pernah menolak beberapa lamaran sebelum ini.
"Orang pernah bertanya sama ada saya homoseks dan jawapannya adalah tidak," kata Clara.
"Saya mempunyai ramai kenalan lelaki tetapi tidak berminat dengan seks atau perkahwinan," tambahnya. - Agensi