Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan
Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh
kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah
membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat
ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama
untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem
10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah
padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya
dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit
dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah
ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah
bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat
ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah
kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan
pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat
paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah
menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.
Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala
bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha
Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa
misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang
teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah
setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
Tidak
percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya
banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah
teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya
bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur
di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan
kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna
setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali.
Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang
berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini
kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang
pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.
Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya
berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100)
orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk
membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para
pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan
melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa
yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu
sahaja).
Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah
ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina
oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan
Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum
Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.
Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar
kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih
dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi
kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini.
Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar
Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia
di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun
selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama
sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih
kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan
jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar
boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia
mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
Maka
jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah
seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai
pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa
nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi adakah
semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua
kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang
mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan
material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika
itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara
terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.
Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.
Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan
pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang
mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering
keluar di media-media antarabangsa.
Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di
sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,
bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI.
Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang
menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap
dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri
purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak
diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya)
di China.
Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear
berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini?
Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita
tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan
sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang
dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.
Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia.
Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat
bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun
bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan
kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali
menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah
mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami
binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan
kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami
berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan
Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami
binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah
mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An'am: 6
Di
waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil
mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan
moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan
komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang
pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan
bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan
binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali)
adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula
ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut.
Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan
China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak
Gunung Ararat di Turki.
——————————————————————————————————————–
p/s
: Segala fakta dan gambar di atas (kesan radioaktif di Mohenjo-Daro,
bateri Baghdad, cakera padat Dropa, loji nuklear di Oklo), hanyalah
fakta sokongan kepada 'kemajuan teknologi umat zaman terdahulu' dan
tidak merujuk kepada zaman Nabi Nuh as.
Segala kemusnahan kehebatan teknologi yang kita umat manusia banggakan juga telah berjaya difaktakan dengan kejadian beberapa kali tragedi tsunami seperti acheh dan jepun,, lihatlah bagaimana tsunami melenyapkan teknologi buatan manusia dengan sedikit sahaja sisa yang ditinggalkan. Maka bayangkan bahana Banjir Besar zaman Nabi Noh itu yang menenggelamkan dunia, sudah pasti hampir kesemua teknologi itu musnah hampir tranpa bersisa
Apakah mereka tidak memperhatikan
beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka,
padahal (generasi itu) telah Kami TEGUHKAN KEDUDUKAN MEREKA di muka
bumi, iaitu KETEGUHAN YANG BELUM PERNAH KAMI BERIKAN KEPADAMU, dan Kami
curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai
yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana
dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lainSegala kemusnahan kehebatan teknologi yang kita umat manusia banggakan juga telah berjaya difaktakan dengan kejadian beberapa kali tragedi tsunami seperti acheh dan jepun,, lihatlah bagaimana tsunami melenyapkan teknologi buatan manusia dengan sedikit sahaja sisa yang ditinggalkan. Maka bayangkan bahana Banjir Besar zaman Nabi Noh itu yang menenggelamkan dunia, sudah pasti hampir kesemua teknologi itu musnah hampir tranpa bersisa
sumber