Pages - Menu

Sabtu, 04 Agustus 2012

sejarah indonesia dan malaysia yang hampir dilupakan

Sebagai mahasiswa perubatan (kedokteran) asal Malaysia di Universitas Andalas, Padang, Sumatera Barat, penulis ingin mengekspresikan perasaan sedih dan kecewa dengan perkembangan mutakhir ini yang telah mengakibatkan ketegangan antara dua negara terbesar di Nusantara ini iaitu Indonesia dan Malaysia. Marilah sama-sama kita memperingati SEJARAH BAIK antara dua bangsa serumpun ini:
1) Kita semua lupa bahawa suatu masa dahulu, ketika serangan bangsa Siam hampir meranapkan tamadun Melayu (Kerajaan Langkasuka) di Tanah Semenanjung, armada Majapahit di bawah Mahapatih (Perdana Menteri) Gadjah Mada telah berjaya menghalau tentera Siam dari merentasi lautan untuk menakluk Pulau Jawa. Angkatan tentera Majapahit telah mengejar bangsa Siam kembali ke Tanah Semenanjung sehinggalah Mahapatih Gadjah Mada bertemu dengan orang Langkasuka yang telah terkepung oleh penjajahan Siam di Patani (pusat asal Langkasuka ketika itu). Pada tahun 1357, bersama-sama kita bergabung kekuatan berperang menentang Kerajaan Siam sehingga kita semua berjaya pula menakluk Kota Ayudthaya dan mendudukinya buat sementara waktu.

2) Kita lupa bahawa setelah itu, kerajaan Majapahit mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Langkasuka (yang ketika itu telah membentuk Empayar Chermin) sehingga Mahapatih Gadjah Mada menggelarkan Jiddah (sebuah kawasan dalam kerajaan Langkasuka-Chermin di Kelantan) sebagai Majapahit Barat.

3) Kita lupa bahawa Empayar Chermin (Koalisi kerajaan Samudra Pasai-Langkasuka-Champa) telah menghantar rombongan Diraja bersama ulama-ulama untuk membawa syiar Islam kepada Empayar Majapahit sebagai membalas budi terhadap pertolongan Majapahit kepada Langkasuka-Chermin dalam menentang Kerajaan Siam Ayudthaya. Dari sinilah lahirnya sebilangan wali-wali Songo yang berdakwah sekitar Pulau Jawa dan Nusantara. Para alim ulama kita mempunyai pertalian darah dari pelbagai tempat di Nusantara ini. Keturunan mereka tersebar di Malaysia dan juga Indonesia. Dan kebanyakan dari mereka masih meneruskan usaha DAKWAH hingga kini.

4) Kita telah lupa bahawa Raja Langkasuka-Chermin, Sultan Iskandar Shah (Kemas Jiwa) telah bernikah dengan Ratu Majapahit yang bernama Suhita, iaitu cucu kepada Raja Majapahit yang teragung, Hayam Wuruk pada tahun 1427. Sultan Iskandar Shah rela meninggalkan tanah airnya (Kelantan) demi bersama permaisurinya di Pulau Jawa. Demi cinta jualah, baginda telah menukar namanya kepada nama Jawa iaitu Sang Ajit Jaya Ningrat dan dilantik sebagai Bentara (Raja) Majapahit pertama yang bukan berasal dari suku Jawa.

5) Kita lupa bahawa kebudayaan Langkasuka dan Majapahit tidak jauh berbeza hingga kini. Negeri Kelantan, Terengganu dan Melayu di Selatan Thailand sehingga kini terkenal dengan pembuatan kain batik, keris, bermain wau bulan, songket, wayang kulit, serta masih ada yang mengamalkan budaya pra-Islam yang hampir sama dengan asas kebudayaan orang Jawa (Majapahit).

6) Kita lupa bahawa Sultan Iskandar Shah (Sang Ajit Jaya Ningrat) sebagai Bentara Majapahit ketika itu telah kembali ke Kelantan bersama perajurit-perajurit Majapahit apabila bangsa Siam datang menyerang lagi setelah berjaya menakluk Temasek (Singapura) pada tahun 1401. Baginda seterusnya mendeklarasikan Kelantan sebagai Majapahit II (1432-1502) dengan Kota Mahligai di Bachok sebagai ibu kotanya. Maka Empayar Chermin secara tidak langsung telah diserapkan ke dalam sfera pengaruh Empayar Majapahit.


Janganlah kita saling memperendahkan antara satu sama lain. Kita semua sama di sisi Tuhan kecuali kepada mereka yang beriman. Bahasa, budaya, pakaian, makanan bahkan soal perasaan dan kasih sayang kita tetap sama sebagai satu umat dari keturunan yang sama.

7) Kita lupa bahawa anak saudara Sultan Iskandar Shah yang mempunyai nama Jawa iaitu Pateh Aria Gajah, seorang menteri Majapahit II akhirnya menjadi wakil (gabenor) kerajaan Majapahit di Patani (Selatan Thailand kini) setelah Kerajaan Majapahit II (Kelantan) dilumpuhkan oleh Kerajaan Siam Ayudthaya pada tahun 1467. Sehingga ke hari ini Keris Kebesaran Sultan Kelantan bernama keris Majapahit.

8) Kita sama-sama lupa bahawa sebelum itu, kita telah pun menghadapi musuh dari luar Nusantara iaitu serangan Kerajaan Tamil Chola yang datang mengganas menakluk Sumatera dan Kerajaan Kedah Tua (Kedah Zamin Duran) di Semenanjung Tanah Melayu sehingga melemahkan Empayar nenek moyang kita, Srivijaya pada tahun 1025. Keretakan Srivijaya inilah yang memunculkan dua kerajaan besar yang terpisah secara geografi iaitu Majapahit dan Langkasuka.

9) Kita lupa pula bagaimana kedua-dua rumpun Nusantara kita ini dijajah oleh bangsa Harbi Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris sehingga menghilangkan maruah KETUANAN di tanah sendiri dan menganggu usaha DAKWAH para mujahid Islamiyyah kita di Nusantara ini. Ramai yang telah syahid dalam mempertahankan HAK, IMAN, dan KETURUNAN dalam JIHAD menentang para penjajah ini.

10) Kita lupa bagaimana pencerobohan tentera Jepun (Jepang) ketika Perang Dunia Kedua telah menjadikan hidup bangsa kita di Nusantara ini bertambah MELARAT, dan ada yang telah dibunuh dan diseksa dengan KEJAM!

11) Ramai juga yang telah lupa bagaimana kebangkitan KOMUNISME di Asia Tenggara ini telah mengancam pegangan akidah kita, ada yang membunuh kaum kerabat diraja dan ulama kita yang tidak berdosa. KOMUNIS telah memperhambakan pribumi kita melalui ideologi asing yang digerakkan oleh proksi HARBI yang bersifat autokratik, kononnya atas nama menentang penjajahan. Sekali lagi kita semua tertipu dengan mainan pengaruh luar yang membutakan hati kita.

12) Kita lupa bagaimana bangsa kita telah dipecahkan cara berfikir, cara hidup, mentaliti, pendidikan, persepsi AGAMA, konsep kenegaraan hanya selepas beratus-ratus tahun dijumudkan dengan penjajahan BARAT ini. Kita lupa bahawasanya, kita masih lagi belum merdeka atau menjadi TUAN sebenar di tanah air sendiri kerana terpaksa berkongsi hidup dengan "sisa-sisa" penjajahan yang masih mengawal segala perihal EKONOMI dan jaringan antarabangsa kedua-dua negara hingga kini.




sumber